fb fb fb fb fb

Amalkan pemakanan seimbang ketika Aidilfitri

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 9 April- Menjelang musim perayaan, keghairahan menikmati juadah Aidilfitri turut menjadi kekhuatiran apabila ia berisiko mengundang bahaya terhadap kesihatan.

Doktor Perubatan, Dr Malar Santhi Santherasegapan berkata kes-kes kecemasan di hospital dan klinik menunjukkan peningkatan pesakit yang terkait dengan masalah perut sewaktu bulan perayaan ini.

Beliau turut menggariskan beberapa cara bagi mengelakkan risiko seperti ini berlaku.

Antaranya adalah dengan mengambil makanan dengan kuantiti yang terkawal serta makan makanan secara seimbang terutamanya ketika musim perayaan.

"Penyediaan makanan untuk raya ini selalunya tertumpu kepada karbohidrat seperti lemang, ketupat, nasi lemak dan protein.

"Jadi tolong juga ambil banyak serat sebab serat membantu pencernaan, yang lebih baik kurangkan jumlah kalori yang diserap.

"Jadi suapan pertama itu masukkan serat dan di tengah-tengahnya juga masukkan serat supaya ia boleh bergabung dengan daging, ayam dalam perut kita untuk memudahkan pencernaan dan akhiri dengan serat juga," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan terbitan RTM di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM