fb fb fb fb fb

"Amalan seleweng dan rasuah, punca utama kejatuhan negara" - Anwar

Foto FB PM

KUALA LUMPUR, 10 Januari- Amalan penyelewengan, rasuah dan dengki menjadi punca utama kepada kejatuhan sesebuah negara.

Sebagai permulaan, golongan belia wajar dterapkan perasaan benci kepada rasuah dan salah guna kuasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau akan mempertahankan tindakannya untuk memerangi rasuah walaupun terus mendapat kritikan.

"Suara dan budi bicara yang nak mempertahankan keadilan. Suara yang derita yang ramai itu harus dibela. Buang rasuah. Bukan beberapa kerat diberi perhatian.

Saya harap ada perubahan dalam negara ini. Mudah ? Tidak, ia memang sukar," kata Anwar, hari ini.

Ujarnya, sepanjang dua tahun pemerintahan Kerajaan Madani belum ada kes skandal membabitkan skandal menteri atau pimpinan di bawahnya mencuri kontrak.

Beliau merasmikan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Malaysia (MBM) ke-73 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, pemilihan pemimpin muda perlu dalam kalangan mereka yang berintegriti tinggi dan bebas rasuah.

Tegas Datuk Seri Anwar, ia penting bagi memastikan kepimpinan sesebuah organisasi dapat dipimpin dengan bersih dan bertanggungjawab.

Pilihlah dalam kalangan yang dapat menjiwai semangat. Ini kerana pemimpinnya generasi muda. Bukan pemimpin kelompok korup, pemalas dan pimpinan ini mestilah mempunyai keberanian," tambah Anwar.

Tambahnya, setiap bakal pemimpin juga perlu ikhlas dan bersedia memperbetulkan kesilapan yang lalu.

Beliau berucap merasmikan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Malaysia (MBM) ke-73 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.

Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr. Johari Abdul dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM