Allahyarham Khairil Azhar selamat dikebumikan di Ipoh

Jenazah pegawai kanan Pasukan 69 Komando (VAT 69), Allahyarham Inspektor Khairil Azhar Kamaruddin tiba di Masjid Saidina Abu Bakar, Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Ipoh/ BERNAMA

IPOH, 23 Januari – Jenazah pegawai kanan Pasukan Unit VAT 69 Komando, Allahyarham Inspektor Khairil Azhar Kamaruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid Jamek Tanjung Rambutan, Ipoh, petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jenazah Inspektor Khairil Azhar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid Jamek Tanjung Rambutan, Ipoh.
  • Lebih 500 keluarga, rakan setugas dan anggota PDRM hadir memberikan penghormatan terakhir.
  • Pengebumian dijalankan dengan istiadat kepolisan sebagai penghargaan atas jasa Allahyarham.

Allahyarham meninggal dunia ketika menjalani latihan menyelam di Pulau Mataking, Semporna, Sabah, semalam.

Jenazah Allahyarham diterbangkan dari Lapangan Terbang Tawau menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia sebelum tiba di Pangkalan Latihan
Pasukan Gerakan Udara pada pukul 3.20 petang.

Jenazah kemudian dibawa ke Surau Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Briged Utara Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta untuk disembahyangkan.

Lebih 500 ahli keluarga, rakan setugas serta warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir memberikan penghormatan terakhir.

Turut hadir, Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Fisol Salleh.

Upacara pengebumian dilaksanakan dengan istiadat kepolisan sebagai penghargaan atas jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada negara.

Terdahulu, Allahyarham dilaporkan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 10.25 pagi ketika menjalani latihan menyelam.

Mangsa diberikan bantuan awal sebelum dibawa ke Hospital Semporna untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan