fb fb fb fb fb

Allahyarham Eddin Syazlee hidap barah sejak April lepas

Datin Dr Nurul Azlin

SEREMBAN, 20 September- "Memang hajat arwah nak meninggal pada hari Jumaat, dah tercapai hajat dia (Allahyarham)," demikian luah isteri Datin Dr Nurul Azlin.

Bekas ahli Parlimen Kuala Pilah yang juga mantan Ketua Bersatu Negeri Sembilan itu meninggal dunia pada pukul 7.10 pagi tadi akibat penyakit kanser pankreas tahap empat di kediamannya di Bukit Chedang, Seremban 2.

"Sebelum ini Allahyarham mendapat rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tetapi rawatan terakhir di Hospital Pakar KPJ Seremban.

"Saya bawa arwah balik ke rumah semalam dan meninggal pagi tadi kira-kira pukul 7.00 pagi dekat rumah di Bukit Chedang. Memang penyakit berada pada tahap kritikal, sebab itu kami bawa balik.

"Itu juga merupakan atas nasihat doktor," jelas Nurul Azlin kepada pemberita di Masjid Kariah Bukit Chedang, Seremban 2.

Allahyarham dikebumikan selepas solat Jumaat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Ainsdale.

 

BERITA BERKAITAN

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI