fb fb fb fb fb

Ali Rustam angkat sumpah sebagai YDP Melaka bagi penggal kedua

Foto RTM

AYER KEROH, 4 Jun - Tun Mohd Ali Rustam hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka bagi Penggal Kedua di Balai Istiadat, Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

Istiadat disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi 1, Datuk Anslem Charles Fernandis dan Pegawai Kewangan Negeri menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Salhah Salleh.

Tun Ali Mohd Rustam, 75 tahun diiringi isterinya Toh Puan Asmah Abdul Rahman, 68 tahun.

Turut hadir, Ketua Menteri Melaka Ke-13, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka Ke-12,Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka , Datuk Ibrahim Durum, Barisan Exco Kerajaan Negeri , Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka dan Ketua-ketua Jabatan Negeri Melaka.

Terdahulu, pada 28 Mei lalu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi penggal kedua bermula Hari Ini.

Beliau akan menjawat jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi tempoh empat tahun.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD