KUALA LUMPUR, 14 Mei- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di Istana Negara hari ini.
Menerusi satu hantaran di Facebook Sultan Ibrahim, Alexander mempersembahkan perkara-perkara berkaitan Kementerian Kerja Raya (KKR).
Pertemuan itu turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.