fb fb fb fb fb

Al Hajri Global Group, berhasrat jadikan Malaysia lokasi utama pelaburan di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 24 Mac- Syarikat pelaburan kewangan terkemuka antarabangsa yang berpusat di Kuwait, Al Hajri Global Group berhasrat menjadikan Malaysia sebagai lokasi utama pelaburannya di rantau Asia Tenggara.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu dinyatakan dalam kunjungan hormat pengurusan tertinggi syarikat itu, semalam.

Dalam catatan di Facebooknya, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, delegasi itu diterajui Pengerusi Al Hajri Global Group, Sheikh Essa R Al-Hajri serta Penasihat dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut bagi Malaysia, Eropah dan Turki, Dr Osama Mohammed.


(Foto: Facebook Ismail Sabri Yaakob)

"Kesemua mereka telah menyuarakan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai lokasi utama pelaburannya di rantau Asia Tenggara selain meninjau peluang pelaburan bersama Kumpulan Boustead Holdings Bhd dalam tempoh tiga tahun akan datang.

"Antara peluang pelaburan yang dikenal pasti ialah dalam sektor minyak dan gas, perubatan, pembinaan, pemaju perumahan dan kewangan," katanya.

Beliau berkata, lawatan itu juga bertujuan mengukuhkan hubungan perniagaan dan pelaburan, serta meningkatkan urusan dagangan dua hala antara kedua-dua negara.

 

Media Baharu