fb fb fb fb fb

Aktiviti perlombongan REE: Tunggu kajian FRIM dimuktamadkan

Datuk Seri Johari Abdul Ghani / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 18 Ogos - Sebarang keputusan dasar berkaitan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) hanya akan dipertimbangkan selepas kajian Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dimuktamadkan.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, bagaimanapun FRIM masih perlu menilai impak perlombongan di kawasan hutan asli sebelum merumuskan kajian secara keseluruhan.

"Berdasarkan laporan kajian awalan tersebut, aktiviti perlombongan REE itu memerlukan masa untuk mendapatkan masa yang konkrit bagi tujuan aktiviti perlombongan besar selepas ini.

"Pengumpulan data ulangan bagi tahun 2025 sedang dilaksanakan bagi membandingkan dapatan awalan dan terkini. Aktiviti ini dijangka selesai pada September 2025 bagi tujuan pelaporan pada Oktober 2025," katanya di sini.

Datuk Johari yang menggalas tugas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Alias Razak mengenai status kajian untuk membenarkan aktiviti perlombongan REE di kawasan HSK serta garis masa untuk kajian dimuktamadkan.

AHMAD ASHRAF BIN AB RAHMAN