fb fb fb fb fb

Aktiviti cegah rasuah, kesedaran bahana rasuah fokus kerajaan Sarawak

Datuk Mohd. Zaki (kiri) ketika melakukan kunjungan perpisahan kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia

KUCHING, 19 Jun- Aktiviti pencegahan rasuah dan menyedarkan masyarakat mengenai keburukan rasuah merupakan fokus Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak, Datuk Mohd. Zaki Hassan sejak mula berkhidmat di negeri ini pada 2020.

Jelasnya, Premier, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu SPRM mewujudkan budaya integriti dan fokus pada tatakelola bagi memperbaiki mana-mana prosedur yang boleh menyebabkan kebocoran dana di Sarawak.

“Jadi kita bertindak dengan menasihatkan jabatan-jabatan yang berkaitan, kita fokus ke arah untuk memperbaiki tatakelola mereka di peringkat-peringkat jabatan di Sarawak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas kunjungan perpisahan kepada Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia.

Datuk Mohd. Zaki akan memulakan khidmat sebagai Pengarah Bahagian Penyiasatan Tatakelola di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Menurutnya, beliau mendapat sokongan yang amat baik daripada Premier sarawak terhadap usaha-usaha mencegah rasuah sepanjang berkhidmat di negeri itu.

Beliau turut berbangga dapat menjadi sebahagian daripada jawatan kuasa penubuhan Ombudsman Sarawak 2023.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE