fb fb fb fb fb

Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 (Akta 731) ditambah baik

KUALA LUMPUR, 9 Mac - Kementerian Kewangan sedang dalam proses menambah baik Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 (Akta 731) bagi meningkatkan pemantauan serta mencegah aktiviti kiriman wang yang tidak sah.

Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa berkata, ia bagi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan yang dirangka untuk memastikan tindakan yang lebih cekap dan punitif terhadap aktiviti kiriman wang oleh pengendali yang tidak sah atau berdaftar. 

"Ini termasuk keperluan pencegahan pengubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan (anti-money laundering/combating the financing of terrorism, AML/CFT), terutamanya pelaksanaan langkah usaha wajar (due diligence) ke atas pelanggan serta penyelenggaraan rekod berkenaan transaksi perniagaan pengiriman wang.

"Ini bagi melindungi pengendali pengiriman wang daripada digunakan sebagai perantara untuk aktiviti penghantaran wang haram, katanya.

(Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa)

Tambah beliau, Bank Negara juga menetapkan had transaksi bagi pengiriman wang keluar setiap individu tidak boleh melebihi RM 50,000 setiap hari.

Di samping itu, pengendali tersebut juga dikehendaki untuk mengemukakan statistik transaksi secara berkala kepada Bank Negara.

Yamani menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkenaan pemantauan kerajaan terhadap aktiviti kiriman wang yang tidak diisytihar atau tidak melalui pengirim wang yang sah.

Media Baharu