KUALA LUMPUR, 4 April- Akta Perlindungan Data Peribadi, dijadual untuk dibentang pada sidang parlimen akan datang kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Pelaksanaan Akta 709 itu akan memperkukuh keselamatan ekosistem digital negara selain melibatkan beberapa penambahbaikan.
"Kementerian juga sedang memperkemaskan pelaksanaan Akta 709 melalui pindaan akta tersebut yang melibatkan beberapa penambahbaikan.
"Rang Undang-undang (RUU) ini dijangka akan dibentangkan dalam sesi Parlimen yang akan datang," katanya ketika menjawab soalan daripada Senator Datuk Teo Eng Tee di Dewan Negara.
Turut diteliti, keperluan memperkukuh amalan keselamatan data peribadi sektor awam melalui arahan keselamatan.
Perkara itu bagi mempertingkat keselamatan pangkalan data kerajaan.