KUALA LUMPUR, 26 April - Akta Kredit Pengguna perlu dilaksana secepat mungkin bagi membantu menyelaras dan mengawal pinjaman terutama sewa beli.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar berkata, sebelum ini saranan yang sama pernah dibangkitkan di Parlimen bagi membela nasib peminjam.
Hampir semua pengusaha sektor pengangkutan yang meminjam dengan syarikat kredit tidak mendapat moratorium menyebabkan aset pengangkutan mereka dilelong.
(Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar)
"Jadi kerana itulah untuk membantu bangkit semula industri pengangkutan kita di KUSKOP kita ada dua bank di bawah kita, satu kita ada Bank Rakyat kita telah lancarkan komersial- i khusus untuk pengangkutan dan juga kilang dan mesin yang ini kita peruntukkan RM350 juta".
Agensi yang memberi bantuan pinjaman juga diminta memberi lebih perhatian kepada usahawan yang perlu penyusunan semula pembayaran pinjaman.
Beliau ditemui pada Majlis Perasmian Lori -Lori Mesra Transportation di ibu negara.