fb fb fb fb fb

Akta Imuniti dibentang tahun ini - Azalina

(FOTO HIASAN)

KOTA TINGGI, 12 Mei - Akta Imuniti akan dibentang di Parlimen sebelum akhir tahun ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri( Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata langkah membentangkan akta itu penting berikutan isu kedaultan hak wilayah dan persempadanan negara tidak boleh dipandang mudah.

(Menteri di Jabatan Perdana Menteri( Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri
Azalina Othman Said / FOTO FAIL BERNAMA)

"Kita menyedari bahawa isu seperti isu batu putih, isu Sulu ini bukan boleh dikotak katikkan kita tidak boleh dikotak katikkan kita tidak boleh ambil mudah isu ini, kita mesti mempunyai kefahaman dan kemahiran," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pengerang di Bandar Penawar, di sini.

Akta Imuniti penting sebagai persiapan serta perlindungan dari sebarang kemungkinan tuntutan asing terhadap kedaulatan wilayah dan sempadan negara.

Dalam pada itu, mengenai kolokium tuntutan sulu, Azalina berkata perbincangan bersama pakar-pakar berkaitan telah selesai dan akan memperincikan kesimpulan berdasarkan perundangan mengenainya dalam masa terdekat.

Media Baharu