fb fb fb fb fb

Akses pendidikan kepada semua murid, perluasan ke semua sekolah kerajaan, prasekolah

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek

PORT DICKSON, 12 Mac- Menteri Pendidikan tidak berkompromi isu pembangunan sekolah yang tertangguh, selain memastikan isu ketirisan ditangani segera, sekali gus menjamin akses pendidikan kepada semua murid.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kementerian kini sedang membuat perluasan ke semua sekolah kerajaan termasuk prasekolah.

Kementerian Pendidikan juga sedang menggubal dasar mewajibkan pendidikan peringkat sekolah menengah bagi memastikan tiada pelajar tercicir.

"Dari segi kemasukan ke sekolah rendah kita telah capai, maknanya yang kita sebut sebagai pencapaian sejagat iaitu 98 dan 99 peratus. Dari segi sekolah menengah lebih kurang 95 peratus. Kita perlu bekerja keras lagi untuk sekolah menengah dan juga untuk prasekolah yang saya fikir inilah dia antara reformasi pendidikan yang sedang kita lakukan ketika ini, membuat perluasan di prasekolah. Dalam ucapan tadi, saya tegaskan kita sedang membuat perluasan di semua sekolah kerajaan khususnya untuk prasekolah.

Beliau berkata demikian pada Lawatan Kerja Sempena Pengoperasian Sekolah Sesi 2024/2025 dan Bangunan Baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sagga, Port Dickson.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Zainal Abas, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Dr Roslan Hussin dan Guru Besar sekolah itu, K Nalini.

 

ROSLINA BINTI DIN