
KUALA LUMPUR, 25 Februari – Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) mengesan terdapat pelbagai akaun video palsu TikTok dihasilkan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) memaparkan suara Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
- Pejabat Diraja Johor mengesan akaun TikTok palsu menggunakan AI memaparkan suara Seri Paduka berkaitan bantuan kewangan Ramadan.
- Orang ramai dinasihatkan berwaspada dan jangan mudah terpengaruh kerana akaun palsu sering digunakan oleh penipu.
- Royal Press Office menegaskan penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah kesalahan di sisi undang-undang.
Video berkenaan memaparkan suara Seri Paduka Baginda kononnya berkaitan bantuan kewangan kepada orang ramai bersempena Ramadan.
“Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun palsu ini yang sering digunakan oleh ‘scammers‘ untuk tujuan penipuan di platform media sosial.”
Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.