fb fb fb fb fb

Akaun keldai: Pindaan Akta 574, Akta 593 dijangka dibentang pada sidang Parlimen kali ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said /Foto RTM

KUALA LUMPUR, 4 Julai-Pindaan bagi Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Kanun Tatacara Jenayah atau Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) bagi membanteras jenayah penipuan dalam talian berkaitan akaun keldai akan dibentangkan dalam sesi Parlimen kali ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pindaan itu dilihat penting bagi mengekang jenayah penipuan dalam talian daripada terus berleluasa.

Menurut Azalina, akta sedia ada tidak memperuntukkan sebarang tindakan undang-undang terhadap individu yang membenarkan akaun mereka disalahguna.

"Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan pindaan kepada kanun keseksaan akta 574 dan kanun tatacara jenayah akta 593 bagi membanteras jenayah penipuan dalam talian yg berkaitan akaun keldai.

"Cadangan ini yang sedang dipertimbangkan mewujudkan kesalahan baharu yg berkaitan mana-mana pihak membenarkan akaun mereka digunakan pihak lain tanpa kluasa sah bagi tujuan sah untuk menangaani isu akaun keldai serta mmberikan kuasa kepada pegawai penyiasat mengarahkan penyitaan akaun bank yang disyaki terlibat dengan aktiviti jenayah siber",katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Jelutong, R.SN Rayer di sini hari ini.

Sementara itu, dewan turut diberitahu, pindaan terhadap dua akta berkenaan akan membolehkan pihak polis menghentikan transaksi wang mangsa ke akaun keldai.

Ini sekaligus meningkatkan potensi untuk mendapatkan semula wang berkenaan.

Datuk Seri Azalina bagi tempoh 2022 sehingga jun 2024 jumlah kerugian membabitkan jenayah penipuan dalam talian mencecah lebih RM2 bilion

Kadar kerugian membabitkan jenayah itu turut mencatat peningkatan sebanyak 43.20 peratus dalam tempoh sama.

Justeru pindaan terhadap dua akta berkenaan boleh mengekang pertambahan nilai kerugian.

"Berkenaan soalan pemulangan wang mangsa cadangan pindaan yang sedang dipertimbang ini akan membenarkan pihak polis menghalang wang mangsa penipuan jenayah dalam talian daripada dikeluarkan atau digunakan dan ia juga akan memudahkan pihak polis melakukan pengesanan wang bagi mengenal pasti wang mangsa yang telah ditipu.

"Secara tidak langsung akan membuka ruang untuk memulangkan wang ini kepada mangsa", katanya.

 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD