fb fb fb fb fb

Aidilfitri: Lebih 7,000 warga Indonesia pulang beraya

Malah, pertambahan jumlah penumpang sehari pada musim perayaan menyebabkan jadual perjalanan feri juga ditambah pada satu-satu masa.

PONTIAN, 9 April- Lebih 7,000 warga Indonesia yang bekerja di Johor, mula kembali ke kampung halaman mereka bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Masing-masing memilih pengangkutan laut, melalui Terminal Feri Antarabangsa Kukup, Pontian bermula sejak Mac lalu sehingga ke hari ini.

Malah, pertambahan jumlah penumpang sehari pada musim perayaan menyebabkan jadual perjalanan feri juga ditambah pada satu-satu masa.

Perkhidmatan feri berkenaan pada asalnya hanya dijadualkan tiga perjalanan untuk dua hala, namun ditambah kepada lapan perjalanan.

Tinjauan RTM mendapati para penumpang setia menunggu seawal pukul 6.00 pagi di Terminal Feri berkenaan bagi memastikan mereka dapat pulang berhari raya.

"Rasa gembiralah, akan dapat jumpa keluarga, jumpa adik-beradik, mudah-mudahan yang kita pergi ini sampai tujuanlah," kata penumpang feri, Abdul Malik Said Alwi.

"Gembira, dah lama tak beraya, empat tahun lebih dah tak balik sebab ada COVID-19," kata penumpang feri, Yusof Samsuri.

"Seronok, dah lama tak balik raya, tujuh tahun. Alhamdulillah, selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua, maaf zahir batin. Mudah-mudahan tahun depan dapat jumpa lagi. Dapat beraya bersama-sama semua, baik-baik semua," kata penumpang feri, Seri Lestari.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM