
Sumbangan yang disalurkan membabitkan bakul makanan serta duit raya.
LABUAN, 8 April – Seramai 30 individu daripada golongan kurang berkemampuan disantuni Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
RINGKASAN BERITA AI
- Sumbangan berupa bakul makanan dan duit raya disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan.
- Majlis penyerahan berlangsung di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan disempurnakan Ketua Pengarah Labuan FSA, Affendi Rashdi.
- Sumbangan dikumpulkan melalui inisiatif dana melibatkan kakitangan agensi.
- Langkah ini mencerminkan komitmen Labuan FSA dalam CSR dan menyemarakkan sambutan Aidilfitri bagi membantu yang memerlukan.
Sumbangan yang disalurkan membabitkan bakul makanan serta duit raya.
Majlis penyerahan berlangsung di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini dan disempurnakan Ketua Pengarah Labuan FSA, Affendi Rashdi.
Menurut Labuan FSA, sumbangan itu disalurkan menerusi inisiatif pengumpulan dana melibatkan kakitangan agensi berkenaan.
Ia mencerminkan komitmen berterusan Labuan FSA dalam melaksana program tanggungjawab sosial korporat (CSR), selain menyemarakkan sambutan lebaran dengan membantu golongan memerlukan.