fb fb fb fb fb

Aidiladha: Lebih 1,500 sijil penyembelihan dikeluarkan di Perak

 (Rumah penyembelihan di Ipoh, Perak)

IPOH, 23 Jun- Lebih 1,500 Sijil Kesihatan Veterinar untuk penyembelihan dikeluarkan di Perak sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut pada Khamis depan.

Pengarah Perkhidmatan Veterinar negeri, Datuk Dr Ahmad Shafri Hassan berkata, permohonan sijil itu dibuat pada 19 Jun sehingga 27 Jun ini.

Sijil berkenaan bertujuan memastikan haiwan korban bebas daripada sebarang penyakit, sekali gus menjamin keselamatan makanan kepada rakyat negeri itu.
 
"Pada peringkat awal, pihak jabatan akan melakukan pemeriksaan 'anti-mortem' sebelum Sijil Kesihatan Veterinar dikeluarkan bagi memastikan ternakan daripada sumber yang bebas penyakit," katanya ketika ditemui oemberita di Jabatan Veterinar Perak di sini.

Terdapat empat rumah penyembelihan di negeri itu, masing-masing satu di Ipoh, Teluk Intan, Tapah dan Taiping. 

Dr Ahmad berkata, jumlah bekalan ternakan korban meningkat 30% tahun ini, berbanding tahun lepas. 

(Dr Ahmad Shafri Hassan)

Media Baharu