fb fb fb fb fb

Aidiladha: Jabatan Perdana Menteri sumbang 35 ekor lembu kepada 11 wilayah Felda

Datuk Seri Shamsul Iskandar (kiri) membantu melapah lembu pada Program Korban FELDA Madani di Masjid Felda Tun Ghafar, Hutan Percha

ALOR GAJAH, 17 Jun- Sebanyak 35 ekor lembu disumbangkan Jabatan Perdana Menteri kepada 11 wilayah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi menjayakan ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, setiap wilayah Felda menerima tiga ekor lembu korban.

Beliau berkata, kebanyakan program korban itu berlangsung hari ini.

"Kita bagi sumbangan 35 ekor lembu untuk 11 wilayah dan satu wilayah dapat tiga ekor lembu jadi saya percaya ini merupakan program yang diberikan tumpuan oleh Perdana Menteri dalam usaha kita untuk memberikan peluang kepada peneroka-peneroka untuk mendapat manfaat daripada program korban seperti ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Korban FELDA Madani di Masjid Felda Tun Ghafar, Hutan Percha.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti Felda, Datuk Mohd Banuri Aris.

Sebanyak lapan ekor lembu dan seekor kambing dikorbankan pada program berkenaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE