fb fb fb fb fb

Ahmad Zahid yakin MCA, MIC akan kekal bersama BN

(Ahmad Zahid Hamidi)

KUALA LUMPUR, 9 Julai- Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin parti komponen gabungan itu, MCA dan MIC akan kekal bersama Barisan Nasional (BN).

Kedua-dua parti berkenaan dilapor menerima tawaran untuk bersama parti lain pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Ke-15 (PRU DUN Ke-15).

Ahmad Zahid yang merupakan Timbalan Perdana Menteri berkata, tawaran demikian adalah situasi biasa yang berlaku menjelang pilihan raya.

"Di mana-mana Pilihan Raya Kecil apatah lagi Pilihan Raya Negeri (PRU DUN Ke-15), tambahan pula Pilihan Raya Umum, mesti tawaran-tawaran ini akan dilakukan oleh mereka.

"Tetapi saya yakin, MCA dan MIC akan tetap bersama-sama dalam BN," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Minggu Usahawan Negara (MUN) & Minggu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Peringkat Kebangsaan 2023 di sini.

(Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis MUN & Minggu PMKS Peringkat Kebangsaan 2023
di Kuala Lumpur)

Artikel berkaitan:
PRU DUN Ke-15 : BN hormati keputusan MCA, MIC tidak bertanding

Media Baharu