fb fb fb fb fb

Ahmad Zahid sokong cadangan UMNO diberi kerusi di Parlimen Kota Raja

FOTO BERNAMA

KLANG, 4 Ogos- Satu daripada empat kerusi di Kota Raja boleh diberikan kepada UMNO pada PRU akan datang sekiranya persefahaman dibuat antara parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Hubungan baik sedia ada yang terjalin berupaya menghasilkan perbincangan yang harmoni untuk mencapai kata sepakat.

"Kita berazam dengan persefahaman yang disbeut oleh ketua bahagian tadi, kita harap Kota Raja ini, rakan-rakan akan melihat kebersamaan bahawa takkan daripada empat, satu pun tidak boleh beri kepada kita,"kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja di Klang, Selangor.

Terdahulu, Ketua Bahagian UMNO Kota Raja, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam ucapannya menyatakan hasrat supaya UMNO bahagian tersebut diberikan satu daripada empat kerusi di Kota Raja.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE