fb fb fb fb fb

Ahmad Zahid lawat tiga PPS di Batu Pahat

BATU PAHAT, 31 Januari- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan lawatan ke tiga pusat pemindahan pementara (PPS) bagi meninjau keadaan banjir dan penduduk terjejas di kawasan terbabit.

Ahmad Zahid memulakan lawatan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Medan, sebelum ke PPS SK Seri Jati, dan PPS Dewan Orang Ramai Seri Medan.

Ketika lawatan, Timbalan Perdana Menteri diberi taklimat berkenaan situasi semasa banjir oleh Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Batu Pahat selain meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk terjejas banjir di PPS.

Kit bantuan turut diserahkan dalam lawatan itu.

Beliau kemudian bersama agensi-agensi terlibat meninjau kawasan banjir di sekitar Seri Medan.

Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, dan ketua-ketua agensi.

(Ahmad Zahid melawat tiga PPS di Batu Pahat)

Media Baharu