fb fb fb fb fb

Ahmad Zahid hargai peranan Duta Mesir perkukuh hubungan dua hala

Foto FB Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 29 April – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada Duta Besar Mesir ke Malaysia, Ragai Tawfik Said Nasr atas sumbangan aktifnya dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Mesir sepanjang tempoh hampir empat tahun perkhidmatannya di negara ini.

Ahmad Zahid berkata, sepanjang tempoh perkhidmatan yang akan berakhir pada 30 April ini, pelbagai kemajuan berjaya dicapai dalam bidang kerjasama seperti pendidikan, perdagangan dan hal ehwal Islam.

“Selain itu, kedua-dua negara turut bekerjasama dalam memperjuangkan isu kemanusiaan di peringkat serantau dan global, khususnya berkaitan Palestin,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau turut mendoakan agar Ragai Tawfik terus dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kejayaan dalam tugasan seterusnya, serta menzahirkan keyakinan bahawa hubungan diplomatik antara kedua-dua negara akan terus utuh dan berkembang.

“Persahabatan antara Malaysia dan Mesir, insya-Allah, akan terus utuh dan berkembang lebih kukuh dengan semangat saling menghormati dan kerjasama yang berterusan,” ujarnya.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN