fb fb fb fb fb

Ahmad Zahid santuni komuniti Malaysia di Jepun

Timbaan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyantuni komuniti Malaysia di Jepun

TOKYO, 18 Februari- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri Majlis Makan Malam dan Sambutan Tahun Baru Cina 2024 bersama kira-kira 200 komuniti Malaysia di Tokyo, Jepun malam tadi.

Pada majlis tersebut, turut diadakan sesi soal jawab bersama Timbalan Perdana Menteri yang ketika ini yang sedang dalam rangka lawatan kerja ke Jepun, bermula semalam.

Komuniti tersebut terdiri daripada pelajar dan individu yang menetap serta bekerja di negara matahari terbit itu.

Terdahulu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dalam ucapannya meminta komuniti Malaysia supaya mempromosi produk dan jenama Malaysia di tempat mereka menetap dan bekerja di luar negara.

"Kita mewakili Malaysia, kita bangga sebagai rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara dengan mempromosikan produk kita walaupun kita tidak dapat sebarang ganjaran yang kita perlukan untuk kita promosikan produk-produk kita di luar negara", katanya.

Dalam lawatan tujuh hari ke Jepun, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid turut akan menghadiri sesi libat urus bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Osaka (OCCI) dan sesi Meja Bulat: “Menghubungkan Ekosistem Halal Antara Malaysia dan Jepun Bagi Meningkatkan Perdagangan, Pelaburan dan Pekerjaan Berkualiti”.

Beliau juga akan mengadakan lawatan ke Sanda Shokunika Kosha Co. Ltd untuk melihat operasi pusat penyembelihan Jepun dalam pengeluaran dan pembekalan daging lembu halal.

ROSLINA BINTI DIN