fb fb fb fb fb

Ahmad Nazim letak jawatan, LTAT cari Ketua Eksekutif baharu

Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman meletak jawatan Ketua Ekseutif LTAT berkuatkuasa semalam, 31 Januari

KUALA LUMPUR, 1 Februari- Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan pengunduran Ketua Eksekutifnya, Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman berkuatkuasa semalam, 31 Januari 2024.

Menerusi satu kenyataan, Pengerusinya, Jeneral (Bersara) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyifatkan wawasan dan komitmen Datuk Ahmad Nazim selama ini telah memacu LTAT menjadi dana simpanan yang mampan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih bagi pihak Lembaga Pengarah LTAT, serta seluruh warganya sumbangan Datuk Ahmad Nazim sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Turut diumumkan pencarian Ketua Eksekutif baharu dengan fokus untuk melaksanakan keutamaan strategik organisasi dan menyampaikan nilai kepada pemegang taruh.

Dalam kenyataan sama, Datuk Ahmad Nazim turut merakamkan penghargaan di atas peluang untuk menerajui LTAT.

Antara pencapaiannya sepanjang berkhidmat termasuk pelancaran Pelan Strategik LTAT 2023 - 2025 (MAMPAN25).

Beliau menyertai LTAT pada Jun 2021.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE