fb fb fb fb fb

Ahli Parlimen Sungai Petani seru masyarakat segera daftar PADU

Penyerahan sumbangan program ihya Ramadan kepada 38 masjid-masjid bawah Parlimen Sungai Petani

SUNGAI PETANI, 31 Mac- Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Taufiq Johari menyeru masyarakat di Kedah supaya segera mendaftar menerusi Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang memasuki hari terakhir hari ini.

Perkara itu bagi memudahkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) membuat analisis dan bancian bagi memudahkan penyaluran bantuan kerajaan selain membantu kerajaan memperkenalkan polisi yang sesuai dengan keperluan rakyat.

Taufiq juga menjelaskan sistem PADU adalah selamat untuk semua yang berdaftar.

"Tapi apa yang lebih penting PADU untuk kita memastikan subsisidi bersasar itu dapat dijalankan dan PADU ini hanya sebenarnya mengemaskini data sahaja untuk memudahkan kerajaan memberi bantuan dan sebagainya," katanya selepas penyerahan sumbangan program ihya Ramadan kepada 38 masjid-masjid bawah Parlimen itu dengan setiap masjid menerima RM2,000 untuk aktiviti 10 terakhir Ramadan.

Beliau juga menyeru penduduk di kawasan Parlimen Sungai Petani untuk terus mendaftar menerusi sistem berkenaan.

Ia boleh dilakukan menerusi lawan sesawang PADU dan kaunter yang disediakan termasuk pusat khidmat Parlimen Sungai Petani, DUN Bakar Arang dan Sidam Kiri membantu pendaftaran itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI