Ahli Parlimen diingatkan kembali kepada niat asal pembentukan Malaysia

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengaminkan doa pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 Januari – Semua Ahli Parlimen diingatkan supaya kembali kepada niat asal pembentukan Malaysia yang berteraskan perpaduan, hormat-menghormati serta kerjasama erat antara negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kembalikan fokus kepada niat asal pembentukan Malaysia berteraskan perpaduan, hormat-menghormati dan kerjasama antara negeri dan Persekutuan.
  • Ikut semangat Perjanjian Malaysia 1963 sebagai asas penyatuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dalam negara berdaulat.
  • Elak kenyataan yang mencetuskan ketegangan; selesaikan perbezaan secara matang sambil menghormati hak negeri dan kepentingan bersama.

Peringatan itu disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, ketika bertitah dalam Titah Diraja pada Sidang Dewan Rakyat bersempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Ke-15, hari ini.

Seri Paduka Baginda bertitah asas pembentukan Malaysia adalah melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang telah menyatukan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebagai sebuah negara berdaulat.

Baginda turut menegaskan Ahli Yang Berhormat perlu berhati-hati agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan antara wilayah.

“Sebarang perbezaan pandangan hendaklah diselesaikan secara matang dan bukan melalui kebencian atau syak wasangka. Hak-hak negeri perlu sentiasa dihormati, namun kepentingan Malaysia secara bersama hendaklah sentiasa diutamakan,” titah Baginda.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan