fb fb fb fb fb

Ahli Parlimen Belia perlu digilap dari peringkat sekolah, IPT

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul

KOTA BAHRU, 11 Ogos - Platform khusus di peringkat sekolah atau institusi pendidikan tinggi (IPT) perlu diwujudkan khusus untuk mendidik kemahiran kepimpinan dalam generasi muda.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berpandangan, ia penting dan perlu diambil perhatian oleh pihak berkenaan dalam memenuhi keperluan pelapis pada masa akan datang.

Beliau berkata, di peringkat Parlimen sendiri terdapat Ahli Parlimen Belia yang sekiranya dilentur dari awal, mampu melahirkan ramai pemimpin muda berkaliber sejajar dengan keperluan negara.
 
"Harus ada sifat dalam pemikir kita termasuk guru-guru kita yang mereka sedang lakukan ini adalah bukan sahaja mendidik anak-anak dari segi akademik tetapi mereka sedang melahirkan pemimpin-pemimpin.

"Satu hari, anak-anak yang diajar itu mungkin akan menjadi Perdana Menteri, sebab itu, dia (guru) kena beri yang terbaik untuk anak-anak kita," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu radio Kelantanfm, di sini.

Tambah Johari, akan datang bilangan kerusi Ahli Parlimen Belia juga akan ditingkatkan kepada 222 perwakilan, berbanding hanya 100 ketika ini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN