fb fb fb fb fb

Ahli keluarga perlu ambil tahu tanda-tanda kemurungan untuk tindakan

Menteri Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri

KUCHING, 18 Mac- Pasangan dan ahli keluarga perlu ambil tahu perubahan tingkah laku dan perbuatan akibat kemurungan atau meroyan yang dialami para ibu terutamanya selepas bersalin.

Menteri Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri mendedahkan sejumlah individu yang mengalami kemurungan kini telah pun mengambil ubat dan ia membantu mengurangkan rasa kemurungan tersebut.

Bagaimanapun, individu ini tetap tidak boleh dibiarkan bersendirian sepanjang masa.

"Kita tidak boleh ambil mudah kerana sesetengah orang mungkin mereka tidak biasa dengan situasi seperti itu. Mungkin rasa ia adalah sesuatu yang normal tetapi sebenarnya itu bukan kes pertama.

"Ada kes lain juga yang mungkin ada orang tidak dapat menerima bahawa itu adalah jawapan, ibu meroyan mempunyai masalah yang sangat membimbangkan", katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak Taska dan Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Dalam Kenderaan Tahun 2024.

Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA bagi Negeri Sarawak pada tahun 2024 telah diluluskan adalah sebanyak RM116,220 yang memberi manfaat kepada 54 orang kanak-kanak di 27 buah TASKA Berdaftar yang layak.

Datuk Seri Nancy turut melancarkan Inisiatif Keselamatan Bayi dan Kanak-kanak Dalam Kenderaan yang dinamakan i4K bagi tangani sindrom terlupa bayi di dalam kereta sehingga meragut nyawa.

Ia melibatkan pelbagai garis panduan, penggunaan aplikasi pintar sedia ada dan pelbagai kaedah peringatan kepada ibu bapa termasuk stiker pelekat dan panggilan dari pusat asuhan jika bayi atau kanak-kanak tidak hadir selepas 30 minit.

ROSLINA BINTI DIN