fb fb fb fb fb

Agong tunai Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di Surau Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di Surau Istana Negara

KUALA LUMPUR, 10 April- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berangkat tiba di Surau Istana Negara bagi menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri 1445H.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua pada pukul 8.15 pagi itu disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan jemaah Menteri Kabinet.

Baginda kemudian menunaikan solat Sunat Aidilfitri bersama kira-kira 500 jemaah yang hadir.

Imam solat dan Khutbah Khas Aidilfitri pula disampaikan oleh Khatib, Datuk Munir Md. Salleh, Pegawai Agama Istana yang bertajuk "Hakikat Kemenangan".

ROSLINA BINTI DIN