fb fb fb fb fb

Agong titah semua universiti tidak lupa kepentingan negara promosi perpaduan

Al-Sultan Abdullah bertitah dalam Majlis Malam Perayaan Ulang Tahun Ke-60 Jabatan Pengajian Cina Universiti Malaya (UM), malam tadi

KUALA LUMPUR, 29 Oktober- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah meminta semua universiti untuk tidak lupa akan kepentingan pendidikan dalam mempromosikan perpaduan negara.

Ini kerana institusi pendidikan tertinggi itu memainkan peranan penting dalam membentuk masa hadapan Malaysia dan menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan ia terus cemerlang.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian dalam Majlis Malam Perayaan Ulang Tahun Ke-60 Jabatan Pengajian Cina Universiti Malaya (UM), di Ibu Negara.

Turut berangkat ke majlis itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Meraikan ulang tahunnya yang ke-60, Al-Sultan Abdullah menzahirkan ucapan tahniah kepada Jabatan Pengajian Cina atas sumbangannya terhadap kejayaan dan pertumbuhan universiti serta fakulti.

"Anda telah meletakkan remaja terbaik anda di universiti, menyediakan biasiswa, menerima pelajar sebagai pelatih, menyediakan geran penyelidikan untuk ahli akademik dan membiayai pelbagai projek sejak enam dekad yang lalu.

"Komitmen dan dedikasi anda telah memainkan peranan penting dalam melengkapkan pendidikan berkualiti yang diimpikan negara dan juga institusi kita,"titah baginda.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Tan Sri Chan Kong Choy dalam ucapannya berkata majlis makan malam itu diadakan bagi memperingati 60 tahun penubuhan Jabatan Pengajian Cina, UM.

Beliau berkata jabatan itu ditubuhkan dengan tiga objektif utama, termasuk mengukuhkan pembelajaran bahasa Cina, menyelidik dan mempromosikan budaya Cina dan memudahkan pertukaran budaya dalam kalangan etnik.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE