Agong terima menghadap PM, Menteri Luar, Peguam Negara

Foto Facebook: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 18 Mei- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap beberapa pemimpin negara di Istana Negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
  • Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar.
  • Seri Paduka Baginda dipersembahkan cetakan semula Perlembagaan Persekutuan dan teks terjemahan oleh Tan Sri Mohd Dusuki.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Dalam pertemuan berasingan, Seri Paduka Baginda juga berkenan menerima menghadap Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar.

Pada sesi berkenaan, Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan naskhah cetakan semula Perlembagaan Persekutuan serta teks terjemahan Perlembagaan Persekutuan oleh Tan Sri Mohd Dusuki.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.