fb fb fb fb fb

Agong selamat tiba di Malaysia usai lawatan ke China

FOTO FACEBOOK Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

SUBANG, 22 September- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat kembali ke tanah air setelah mengadakan lawatan negara ke China selama empat hari.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka mendarat dengan selamat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pukul 2.55 petang tadi.

Ketibaan Seri Paduka disambut oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Mengiringi keberangkatan pulang Seri Paduka dari China ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Sultan Ibrahim berlepas ke China pada 19 September lepas untuk lawatan negara yang merupakan lawatan pertama Seri Paduka ke republik itu setelah baginda menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari.

Lawatan berkenaan adalah atas jemputan Presiden Xi Jinping.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA