fb fb fb fb fb

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan sempena Hari Wilayah Persekutuan 2024

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 1 Februari- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menzahirkan ucapan sempena Hari Wilayah Persekutuan yang disambut warga Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan, hari ini.

Ucapan sama turut dizahirkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Ucapan daripada baginda berdua itu dimuat naik menerusi satu perkongsian gambar di Facebook Sultan Ibrahim, hari ini.

Semalam, Sultan Ibrahim melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, sini.

Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Selasa lalu selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 31 Januari 2019.

 
ARTIKEL BERKAITAN
Hari Wilayah Persekutuan: 'Semailah benih budaya perpaduan' - PM
Fahmi ucap selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan

SITI AISHAH BINTI MD ISA