KUALA LUMPUR, 23 April- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Vanu Gopala Menon di Istana Negara hari ini.
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda itu membincangkan pelbagai perkara membabitkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.
Kenyataan itu dimuat naik menerusi laman facebook rasmi Baginda, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.