fb fb fb fb fb

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bomba Sedunia

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 4 Mei- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Bomba Sedunia 2024 kepada seluruh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atas khidmat dan bakti mereka kepada negara dan masyarakat.

Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

"Seri Paduka Baginda menyanjung tinggi dan merakamkan setinggi penghargaan di atas jasa yang dicurahkan seluruh warga JBPM dalam melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi," titah baginda berdua menerusi Facebook Sultan Ibrahim hari ini.

Hari Bomba Sedunia disambut pada 4 Mei setiap tahun dengan tema sambutan kali ini ialah "Bomba Tonggak Penyelamatan Negara".

SITI AISHAH MD ISA