fb fb fb fb fb

Agong, Permaisuri berkenan hadir Pesta Kuantan 188

(Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli menghadiri Pesta Kuantan 188 yang berlangsung di Kuantan 188/FOTO BERNAMA)

KUANTAN, 1 Ogos - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat mencemar duli ke Pesta Kuantan 188, malam tadi.

Turut berangkat Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dan kerabat Diraja Pahang.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan exco kerajaan negeri.

Pesta Kuantan 188 yang berlangsung selama tiga hari itu diadakan sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-64, Al-Sultan Abdullah yang jatuh pada 30 Julai dan Tunku Azizah pada 5 Ogos ini.

Pesta tahunan itu diserikan dengan acara potong kek dan pulut kuning oleh baginda berdua.

Baginda turut dipersembahkan dengan persembahan seni silat yang diketuai oleh bekas pesilat negara dan juara dunia, Al Jufferi Jamari selain persembahan gendang perpaduan.

Kemuncak program, acara konsert nyanyian oleh barisan artis tempatan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aizat Amdan, Ameng, Aisha Retno, Santesh dan pelawak, Harith Iskander, serta penyanyi Indonesia, Cakra Khan.

Baginda turut mengambil kesempatan untuk beramah mesra bersama ribuan rakyat yang hadir pada malam tadi.

(Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli menghadiri Pesta Kuantan 188 yang berlangsung di Kuantan 188/FOTO BERNAMA)

Media Baharu