fb fb fb fb fb

Agong kurnia surat cara pelantikan kepada lima hakim

FOTO Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 18 Mac- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada lima orang hakim dalam satu istiadat di Istana Negara hari ini.

Majlis istiadat yang berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil dimulakan dengan penyampaian surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan, Yang Arif Datuk Hanipah Farikullah dan Yang Arif Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Turut menerima surat cara pelantikan ialah tiga hakim Mahkamah Tinggi, iaitu Yang Arif Su Tiang Joo, Yang Arif Alexander Siew How Wai dan Yang Arif Amelati Anak Parnell.

Datuk Hanipah dan Datuk Vazeer Alam sebelum ini berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Rayuan, manakala tiga lagi hakim adalah pesuruhjaya kehakiman.

Hadir sama pada istiadat itu, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar Abang Hashim.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, Peguam Negara,Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE