fb fb fb fb fb

Agong bertitah setiap tindakan pemimpin hendaklah dibuat atas dasar jaga kemaslahatan ummah

KUALA LUMPUR, 9 Oktober- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar pemimpin negara mencontohi pemerintahan Nabi Muhammad SAW sebagai panduan dalam pelbagai aspek kehidupan merangkumi konsep pentadbiran berasaskan 'good governance', politik, ekonomi, keselamatan dan keadilan.

Titah Al-Sultan Abdullah, Rasulullah mengajar setiap pemimpin menetapkan niat yang betul selain berlaku jujur dalam menjalankan amanah dan meletakkan nilai ketakwaan kepada Allah SWT sebagai pegangan utama.

Al-Sultan Abdullah bertitah konsep pemerintahan yang dituntut Islam adalah merupakan satu amanah yang sentiasa dalam ruang lingkup ikatan perjanjian di antara manusia dengan penciptaNya.


(Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah
pada majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di sini) 

Maka setiap apa yang dilakukan pemimpin hendaklah dibuat semata-mata atas dasar menjaga kemaslahatan ummah.

Rasulullah menuntut hubungan erat antara pemimpin dan masyarakat berasaskan kepada sikap kasih sayang dan saling menghormati antara satu dengan yang lain.

"Kita semua wajar mengambil iktibar bahawa kecemerlangan kerajaan madinah adalah kerana kekuatan sosiopolitik yang menjamin hak dan keadilan warga, keberkesanan penyatuan ummah, dan pembangunan ekonomi yang dinamik.baginda mengutamakan kepentingan ramai; berbanding individu. baginda tidak memperjuang-kan agenda sempit, sebaliknya berlaku adil dengan membangunkan satu gagasan untuk kesejahteraan semua," titah Al-Sultan Abdullah bertitah pada majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah/ 2023 Masihi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Turut berangkat tiba Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ketibaan Seri Paduka berdua diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Media Baharu