fb fb fb fb fb

Agong berkenan rasmi menara Merdeka 118

Seri Paduka Baginda berdua pada Majlis Perasmian Menara Merdeka 118 di Kuala Lumpur pada 10 Januari 2024

KUALA LUMPUR, 11 Januari- Bangunan kedua tertinggi di dunia, Merdeka 118 dilancarkan secara rasmi malam tadi.

Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Al-Sultan Abdullah memuji Pemodalan Nasional Berhad (PNB) dalam membangunkan projek ikonik tersebut selain usaha restorasi mercu tanda bersejarah, Stadium Merdeka yang terletak dalam presint Merdeka 118.

"Saya ingin mengajak rakyat Malaysia untuk melihat menara Merdeka 118 ini sebagai sebuah kejayaan meniti liku-liku kemerdekaan sehingga sebuah negara yang serba rencam dan majmuk dapat disatukan atas semangat nasionalisme yang tinggi.

"Menara ini sebenarnya adalah simbol bahawa kita meraikan khazanah kepelbagaian negara sebagai realiti wajah Malaysia yang merdeka," katanya ketika berucap merasmikan Merdeka 118 di sini.

Pada majlis sama, baginda turut berkenan merasmikan komponen masjid dalam pembangunan tersebut yang dinamakan Masjid Al-Sultan Abdullah.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke majlis tersebut.

Turut hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam dan Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda.

 

1101 AGONG PNB 2
Merdeka 118

SITI AISHAH BINTI MD ISA