fb fb fb fb fb

Agong berkenan menerima menghadap Presiden AFC

KUALA LUMPUR, 23 Oktober- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Presiden Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa, di Istana Negara.

Sesi menghadap bermula pukul 2.00 petang disertai Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John.

Dalam sesi itu, Seri Paduka berkenan menerima sembah taklimat mengenai pembinaan Stadium AFC berkapasiti 10,000 penonton bernilai AS$50 juta di Putrajaya dengan kerjasama Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

“Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima sembah taklimat mengenai perkembangan semasa program-program dan aktiviti-aktiviti AFC dan FIFA di benua ini dan juga persiapan penganjuran Piala Dunia Qatar 2022.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
dan  Presiden Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa, di
Istana Negara / FOTO FB IstanaNegaraOfficial

“Seri Paduka Baginda dijadualkan berkenan berangkat menyaksikan Piala Dunia Qatar 2022 atas persilaan Kerajaan Qatar kepada Baginda,” menurut catatan di Facebook Istana Negara hari ini.

Media Baharu