fb fb fb fb fb

Agong berkenan hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka

Foto BERNAMA

MASJID TANAH, 4 Mei - Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan hadir di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Kampung Pulau, Masjid Tanah hari ini.

Ketibaan Seri Paduka sekitar pukul 3.00 petang tadi diiringi Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.

Turut menyambut keberangkatan tiba Seri Paduka barisan Exco kerajaan negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta rakyat jelata.

Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa kira-kira 1 jam 20 minit untuk bersantap dan menyaksikan persembahan pada majlis berkenaan.

Majlis terbuka berkenaan dijadualkan berlangsung bermula 3.00 petang hingga 11.00 malam ini.

Pelbagai juadah disediakan antaranya Sate, Lemang, Kambing Golek, Bihun Sup dan sebagainya.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD