fb fb fb fb fb

ADUN Kota Siputeh terlibat kemalangan

FOTO PDRM

KANGAR, 14 Disember- Polis mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Kedah Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir, 37, terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori di Jalan Padang Chempa menghala ke Changlun pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Abdul Mohsin Md Rodi menerusi satu kenyataan berkata Mohd Ashraf Mustaqim bagaimanapun hanya mengalami luka ringan pada bahagian mulut dalam kejadian kira-kira 9.05 malam itu dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta selepas mengadu pening kepala.

"Semasa kereta mangsa melalui Jalan Ulu Pauh-Arau, mangsa terlanggar sisi sebuah lori yang di parkir di kaki lima jalan dalam kedudukan melintang ke kaki lima di kiri jalan.

"Oleh kerana jarak sudah terlalu dekat, mangsa gagal mengelak menyebabkan mangsa terlanggar terlanggar bahagian sisi kiri belakang lori itu," katanya.

Beliau berkata, pelanggaran itu menyebabkan kereta mangsa terbabas ke tepi jalan dan terbalik.

Beliau berkata pemandu lori berusia 66 tahun tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE