fb fb fb fb fb

ADUN Batu Kitang cadang UKPN digerakkan bantu cegah jenayah di kawasannya

Datuk Lo Khere Chiang ( dua dari kanan) bersama pemimpin setempat menziarah keluarga mangsa pembunuhan di Kampung Haji Baki

KUCHING, 6 Jun- Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang berharap kerajaan Sarawak menyokong pihak berkuasa persekutuan dalam usaha mengurangkan kadar aktiviti jenayah di kawasannya.

Jelasnya dengan kawasan yang luas sehingga turut meliputi Telaga Air, adalah sukar bagi polis mengadakan rondaan menggunakan dua buah peronda sedia ada.

Oleh itu beliau mencadangkan Unit Penguatkuasaan Keselamatan Sarawak, UKPN digerakkan bagi membantu aktiviti pencegahan jenayah di kawasan itu.

Datuk Lo berkata demikian dalam satu kenyataan media di Kuching, merujuk kepada satu kes pembunuhan di Kampung Haji Baki malam Isnin lalu.

Beliau percaya kaedah itu mampu menyokong operasi IPD Padawan yang berdepan dengan kekurangan sumber tenaga manusia.

0606 SWK DUN KITANG 2Suspek berusia 27 tahun ditahan polis selepas menikam mati bapa
saudaranya dalam kejadian di Kampung Haji Baki, Isnin lalu

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE