fb fb fb fb fb

Adam Radlan bakal didakwa lagi atas pertuduhan kes AMLA

Adam Radlan Adam Muhammad (kiri)

KUALA LUMPUR, 31 Oktober- Timbalan Ketua Bahagian Segambut Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Adam Radlan Adam Muhammad akan didakwa lagi atas beberapa pertuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Shah Alam, minggu depan.

Ia dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Dadhly Mohd Zamry dan Farah Yasmin Salleh semasa sebutan lima kes pertuduhan rasuah projek Jana Wibawa.

Semasa prosiding di hadapan Hakim Azura Alwi, Mohd. Fadhly berkata, pendakwaan akan mengemukakan pertuduhan baharu terhadap Adam mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).

Sehubungan itu, pihak pendakwaan memohon satu tarikh baru untuk permohonan permindahan kes ke Mahkamah Sesyen Jenayah 14 selepas pertuduhan di Mahkamah Shah Alam selesai.

Adam diwakili peguam Wee Yeong Kang dalam prosiding hari ini, manakala mahkamah menetapkan 28 November untuk sebutan semula kes.

SITI AISHAH BINTI MD ISA