fb fb fb fb fb

Abe disahkan meninggal dunia, PM Ismail Sabri ucap takziah

(FOTO FB ISMAIL SABRI YAAKOB)

Kashihara, 8 Julai - Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe disahkan meninggal dunia pada pukul 5.03 petang.

Hospital yang merawatnya mengesahkan kematian tersebut selepas dia ditembak pada acara kempennya.

"Shinzo Abe telah dihantar ke hospital pada pukul 12:20 tengah hari. Semasa tiba jantungnya sudah terhenti, 'resuscitation' telah diberikan. Bagaimana pun, malangnya dia meninggal dunia pada pukul 5:03 petang," kata Hidetada Fukushima, profesor kecemasan perubatan di Hospital Universiti Perubatan Nara.

Dalam pada itu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa amat sedih apabila mendengar perkhabaran duka tentang insiden mengenai mantan Perdana Menteri, Shinzo Abe, yang baru beliau temui pada awal tahun ini sebagai Utusan Khas Tuan Yang Terutama.


(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa sedih terhadap insiden menimpa Shinzo Abe pada sidang media di Ankara,
sebelum mengakhiri lawatan rasmi empat harinya ke Turkiye)

"Saya menzahirkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada kerajaan dan rakyat Jepun di atas pemergian beliau," kata beliau dalam hantaran terbaharu di Facebook rasmi beliau, sebentar tadi.

Abe telah memainkan peranan yang penting dalam hubungan erat antara Malaysia dan Jepun, dan merupakan pendukung utama Dasar Pandang ke Timur.

"Saya berharap agar keluarga mendiang dan seluruh rakyat Jepun tabah menghadapi dugaan dalam suasana sedih serta pilu ini," menurut Perdana Menteri.

Berita berkaitan
Shinzo Abe dikhuatiri maut selepas ditembak ketika berucap
Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga bekas PM Jepun, Shinzo Abe
Malaysia rakam ucapan takziah atas kematian Shinzo Abe

Media Baharu