fb fb fb fb fb

90 NADI akan dibangunkan di Perak

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama penduduk setempat ketika meninjau NADI di Kampung Dato’ Ahmad Said Manjoi/ BERNAMA

IPOH, 8 Julai- Sebanyak 90 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan dibangunkan di Perak.

Setakat ini, sebanyak 75 NADI beroperasi di negeri itu dengan empat daripadanya merupakan NADI baharu yang dibina menerusi inisiatif 1 DUN 1 NADI.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata pelancaran NADI akan memberi nilai tambah kepada kesejahteraan masyarakat setempat sekali gus membantu meningkatkan taraf hidup.

"Meningkatkan pemahaman masyarakat setempat terutama berkaitan isu penipuan dalam talian, scam, isu seperti bagaimana kita nak menangkis fitnah ataupun berita palsu.

"Dengan adanya NADI di Kampung Dato' Ahmad Said Tambahan 2 ini, dapat membantu masyarakat setempat mengurangkan jurang digital atau digital literacy gap di antara masyarakat di kawasan bandar dengan masyarakat luar bandar", katanya pada Majlis Pelancaran Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Kampung Dato' Ahmad Said Tambahan 2, Ipoh.

Terdahulu Fahmi menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan NADI di Perkarangan Masjid As-Saadah, Manjoi.

Program NADI dijalankan berpandukan kepada lima teras utama iaitu keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kesedaran dan inisiatif kerajaan.

ROSLINA BINTI DIN