9 individu dikenakan PKM di Seremban akibat buang sampah di tempat awam

Foto RTM

SEREMBAN, 28 Mac -Sembilan individu dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) di Bandar Prima Senawang, Seremban hari ini selepas didapati melakukan kesalahan membuang sampah kecil di tempat awam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kes dikendalikan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
  • Pelaksanaan PKM siri kedua negeri melibatkan pesalah berumur antara 20 hingga 57 tahun.
  • Mahkamah memerintahkan empat jam khidmat masyarakat dalam tempoh enam bulan, tugasan pembersihan termasuk menyapu dan mengemas.
  • Pesalah memberi pesanan agar orang awam tidak membuang sampah merata-rata dan menggunakan tong sampah yang disediakan.

Kes tersebut melibatkan kesalahan bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Pelaksanaan PKM siri kedua di negeri itu melibatkan pesalah berumur antara 20 hingga 57 tahun.

Mereka diperintahkan mahkamah menjalani empat jam khidmat masyarakat dalam tempoh enam bulan.

Antara tugasan yang dilaksanakan termasuk kerja-kerja pembersihan kawasan awam seperti menyapu dan mengemas persekitaran.

“Saya ingin berpesan kepada orang awam di seluruh Malaysia agar mengambil iktibar dan tidak membuang sampah merata-rata. Jadikan perkara ini sebagai pengajaran kepada semua. Apabila dikenakan tindakan seperti ini, pasti timbul rasa menyesal dan malu. Oleh itu, sebelum perkara tersebut berlaku, ambillah iktibar dan buanglah sampah di tong sampah yang disediakan,” pesalah.

“Saya mengaku bersalah kerana membuang sampah sesuka hati ke dalam longkang. Akibatnya, saya dikenakan hukuman melakukan kerja pembersihan selama empat jam. Saya ingin menasihatkan semua agar tidak membuang sampah sesuka hati, sebaliknya buanglah sampah di tempat yang betul. Marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan Malaysia,” pesalah.