fb fb fb fb fb

854 pegawai, anggota LLP MALBATT 850-11 dihantar ke Lubnan

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan

SUBANG, 2 November- Seramai 854 pegawai dan anggota lain-lain pangkat (LLP) kumpulan pertama Malaysian Battalion 850-10 (MALBATT 850-11) dihantar ke Lubnan bagi misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNIFIL), bermula hari ini.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan penghantaran pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-11 ini, tidak bermaksud Malaysia akan terlibat dalam konflik Palestin dan Israel.

Tegasnya, pasukan tersebut akan menggantikan MALBATT 850-10 yang telah berada di negara berkenaan selama hampir setahun.

Beliau berkata kumpulan kali ini akan bergerak menerusi empat peringkat sehingga 17 November ini.

"MALBATT 850 siri 11 ini akan menggantikan anggota kita yang yang sedang bertugas di dalam pasukan dalam misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan, selain Malaysia ada lagi lapan negara menjadi anggota sebagai bagi misi UNIFIL,”

"Apa jua arahan, apa jua tindakan, apa jua keputusan PBB itu yang akan kita ikut, banyak orang tanya mengapa kita hendak hantar sekarang, kenapa kita tidak pull out, itu bukan soalnya, kita tidak akan pull out kita punya pasukan pengaman yang bersama PBB tanpa keputusan yang dibuat secara rasmi oleh PBB", katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Beret Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Penyerahan Bendera Malaysia serta penghantaran kumpulan pertama MALBATT 850-11 di Pangkalan Udara Subang.

Pasukan berkenaan  diketuai oleh Kolonel Burhan Saigon selaku Komander, manakala Leftenan Kolonel Zainil Abdul Saman pula sebagai Timbalan Komander.

Daripada 854 pegawai dan anggota keseluruhan, 30 daripadanya daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Beliau yakin pasukan berkenaan sudah bersedia selepas menjalani latihan khusus selama tiga bulan di bawah kawal selia Markas Angkatan Bersama bertempat di MALBATT Village, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Malbatt 850-11 merupakan sebahagian daripada misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL), dan akan ditempatkan di dua penempatan tetap iaitu Kem Ma’rakah serta Kem Tibnin.

ROSLINA BINTI DIN